Mahfud MD mahu letak jawatan Menkopolhukam

Iklan
Mahfud MD. - Foto: Agensi

JAKARTA - Calon wakil presiden (cawapres) Indonesia, Mahfud MD merancang untuk meletak jawatan sebagai Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan (Menkopolhukam) bagi mengelakkan sebarang konflik berkepentingan.

Cawapres No. Siri Tiga yang bergandingan dengan calon presiden (capres), Ganjar Pranowo pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2024) pada 14 Februari depan memaklumkan beliau menunggu masa yang sesuai untuk mengemukakan surat pengundurannya.

Iklan
Iklan

Keputusan itu dibuat selepas Ganjar menyarankan kesemua calon melepaskan peranan masing-masing di badan kerajaan untuk menghalang penyalahgunaan kuasa.

Difahamkan, tiada keperluan berbuat demikian seperti ditetapkan di bawah peraturan dikeluarkan Presiden Joko Widodo atau Jokowi memandangkan anak sulungnya, Gibran Rakabuming Raka juga bertanding sebagai cawapres dan menjadi pasangan regu, Prabowo Subianto.

Iklan
Iklan

Desakan supaya calon bertanding melepaskan jawatan asal mereka semakin meningkat berikutan beberapa pegawai dan institusi kerajaan secara terang-terangan menyokong individu pilihan mereka walaupun Jokowi menggesa badan seperti pasukan polis dan tentera agar kekal neutral. - Agensi