PENGENDALI Chelsea, Mauricio Pochettino mengakui terdesak untuk meraih trofi di England selepas The Blues menempah tempat ke perlawanan Piala Liga pada Rabu.
Chelsea, yang akan tampil pada perlawanan akhir di Wembley bulan depan, membelasah kelab Liga Kejuaraan Middlesbrough 6-1 pada perlawanan kedua separuh akhir di Stamford Bridge.
Middlesbrough dalam perlawanan pertama sebelum ini memenangi perlawanan 1-0 di Stadium Riverside.
Pengendali Argentina berusia 51 tahun itu, yang sebelum ini mengendalikan Tottenham Hotspur, Southampton dan Espanyol, memenangi Ligue 1 Perancis bersama Paris Saint-Germain (PSG) pada musim 2021/22.
Dia juga membimbing PSG ke Piala Perancis dan Trophee des Champions.
Pochettino menghampiri kejayaan bersama Spurs dua kali apabila kelab London itu menamatkan saingan naib juara Piala Liga (2014/15) dan Liga Juara-Juara (2018/19).
"Saya terdesak untuk memenangi gelaran di sini. Dalam satu setengah tahun di Paris, kami memenangi tiga trofi, dan kami mahu memenangi satu di sini. Saya terdesak sudah tentu untuk menang.
"Pada satu ketika adalah pencapaian menakjubkan. Saya fikir adalah objektif apabila kami bermula tanpa Liga Juara-Juara, tiada Liga Europa, tiada Liga Konferens, untuk membina pasukan dari hampir sifar.
"Tugas telah selesai tetapi kini ia adalah mengenai memenangi perlawanan akhir," kata Pochettino.
Sebagai rekod, Chelsea berada di tangga kesembilan dalam liga selepas 21 perlawanan akan menerima kunjungan Aston Villa dalam pusingan keempat Piala FA di Stadium Stamford Bridge awal pagi Sabtu.