Cemburu melampau dorong bertindak luar kawalan - Pakar

Iklan
Pada Rabu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil siasatan dilakukan telah mengenal pasti motif pembunuhan Mila Sharmila Samsusah, 32, disebabkan cemburu dan sakit hati manakala punca pula keretakan di kepala akibat objek tumpul.

SHAH ALAM - Sifat cemburu yang melampau boleh menyebabkan individu bertindak di luar kawalan kerana emosi berkenaan berkait rapat dengan perasaan kehilangan, rendah diri dan ketakutan dalam diri.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, individu yang tidak mampu mengendalikan cemburu dipercayai berasa terancam secara emosional yang memberi respons impulsif.

Iklan
Iklan

"Masyarakat perlu mengenali emosi tersebut dengan mencari strategi pengendalian diri untuk mengawal sifat cemburu agar tidak berlebihan.

"Antara strategi yang boleh dilakukan termasuklah latihan kesedaran diri, berkomunikasi secara terbuka dengan pasangan dan mencari bantuan profesional seperti khidmat kaunseling,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Pada Rabu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil siasatan dilakukan telah mengenal pasti motif pembunuhan Mila Sharmila Samsusah, 32, disebabkan cemburu dan sakit hati manakala punca pula keretakan di kepala akibat objek tumpul.

Susulan itu, teman lelaki kepada ibu tunggal dua anak itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh wanita berkenaaan penghujung Disember lalu.

Iklan

Dalam pada itu, Fauziah turut menasihatkan masyarakat untuk mendapatkan rawatan pakar sekiranya emosi tersebut tidak dapat dikendalikan secara rasional.

"Cemburu adalah emosi yang normal tetapi kalau tidak dapat kawal, mereka dapatkan nasihat pakar untuk modifikasi tingkah laku.

"Seseorang yang mengalami cemburu berlebihan mungkin perlu dinilai secara menyeluruh oleh pakar untuk memahami akar masalahnya.

"Bagaimanapun, mereka perlu melaksanakan komunikasi dua hala dengan pasangan agar tidak berlakunya cemburu buta dalam sesuatu hubungan,” ujarnya.