Tidak salah rakyat kaya luar biasa, asal tidak korup
Iklan
TIDAK hanya di Korea Selatan yang terkenal dengan golongan chaebol iaitu konglomerat dimonopoli keluarga atau taikun kaya, di Malaysia turut mempunyai keluarga atau individu super rich dengan aset bernilai jutaan malah bilion ringgit.
Dalam konteks di Malaysia, kedudukan syarikat dan perniagaan berasaskan pemilikan keluarga sangat signifikan dengan menyumbang lebih 67 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sebagaimana dicatatkan dalam satu buku perniagaan popular berjudul Wealth Doesn't Last 3 Generation.