Penumpang bayar yuran kolej pemandu Uber

Iklan
Kevin Esch turut hadir ke majlis graduasi LaTonya Young.

GEORGIA - Pertemuan pemandu Uber dengan seorang penumpangnya ternyata membawa tuah kepada wanita berusia 43 tahun itu yang juga seorang ibu tunggal.

Ketika mengambil seorang penumpang bernama Kevin Esch dari sebuah stadium di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) beberapa minggu lalu, LaTonya Young sempat bercerita mengenai kesukaran hidup yang dilalui bersama keluarganya.

Iklan
Iklan

Young terpaksa melakukan dua pekerjaan demi menyara keluarga dan menyambung pelajarannya.

Pada sebelah siang, Young bekerja sebagai pendandan rambut sementara pada waktu malam dia menjadi pemandu Uber.

Iklan

Menurut Young dia pernah berhenti dari kolej pada usia 16 tahun selepas melahirkan anak pertamanya dan baru-baru ini sekali lagi terpaksa menangguhkan pengajiannya di Universiti Georgia berikutan yuran kolej tertunggak sebanyak AS$700 (RM2,871).

"Setiap kali saya mempunyai wang untuk membayar yuran tersebut, setiap kali itu juga anak-anak saya memerlukan sesuatu," cerita Young kepada Esch.

Iklan

Beberapa hari selepas pertemuan dengan Esch, tanpa disangka-sangka Young menerima pesanan daripada pihak universiti memaklumkan dia boleh mendaftar untuk kelas.

Difahamkan, Esch membayar kesemua hutang kolej Young.

Terharu dengan kebaikan hati lelaki itu, Young memastikan gred pelajarannya sentiasa berada di tahap terbaik demi menghargai bantuan yang telah dihulurkan.

Kedua-dua mereka kini berkawan baik malah Esch turut hadir ke majlis graduasi Young. - Agensi