Eco-Shop Malaysia buka Eco-Shop Concept Store, tawar harga bawah RM20

Iklan
Eco-Shop Concept Store tawar harga barang bawah RM20.

PERUNCIT barangan rumah terkenal, Eco-Shop Malaysia mengumumkan pembukaan besar-besaran Eco-Shop Concept Store bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.

Inovasi itu dilaksanakan bagi merevolusikan pengalaman pelanggan dengan menawarkan lebih 10,000 pilihan keperluan isi rumah termasuk makanan, alat tulis dan produk haiwan selari dengan kebolehcapaian serta kemampuan pembeli.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jessica Ng berkata, Eco-Plus Concept Store adalah bukti komitmen pihaknya memenuhi keperluan pengguna dengan reka bentuk kedainya yang unik dan berpusatkan pelanggan serta barangan berharga di bawah RM20.

"Eco-Plus Concept Store merupakan tonggak penting dalam perjalanan Eco-Shop Malaysia, melambangkan usaha dan dedikasi kami bukan sahaja untuk menjadikan kehidupan mampan boleh diakses tetapi benar-benar inklusif.

Iklan

"Kedai konsep baharu ini sebagai tindak balas kepada keperluan pelanggan kami yang sentiasa berubah dengan harga di bawah RM20 iaitu 70 peratus daripadanya hanya RM2.40,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Bukan sekadar destinasi membeli-belah, Eco-Plus Concept Store mempunyai ‘Snack and Chill’ sebagai ruang untuk pelanggan rasa selesa berehat dan menikmati makanan ringan selain membeli-belah di bawah RM20.

Iklan

Reka bentuk hiasan dalamannya mencerminkan komitmen terhadap kelestarian yang mana ia diperbuat daripada bahan kitar semula termasuk rak kedai, meja makan, kaunter juruwang dan banyak lagi dengan kerjasama Precious Plastic Malaysia.

Jessica turut menambah, strategi harga pihaknya adalah satu kemestian iaitu memuaskan kemampuan pelanggan untuk membeli dan ia akan terus menjadi prinsip teras Eco-Shop sejak penubuhannya.

"Ia merupakan manifestasi dinamik misi kami untuk memperkasakan setiap individu tanpa mengira kedudukan ekonomi untuk merangkul gaya hidup yang mampan.

"Inisiatif ini mentakrifkan semula landskap peruncitan mesra alam, menetapkan penanda aras untuk pilihan yang mudah diakses dan mesra bajet, memantapkan peranan Eco-Shop iaitu ‘Make Life Easier’,” ujar Jessica.

Dalam pada itu, pihaknya memaklumkan, bagi memperingati pembukaan besar-besaran dan bersempena perayaan akan datang, Eco-Plus Concept Store turut melancarkan kempen Tahun Baru Cina (CNY) khas.

"Pelanggan boleh menikmati ‘Bag of Happiness’ percuma dengan membeli 12 barangan terpilih pada harga hanya RM28.80.

"Selain itu, Eco-Shop juga akan menganjurkan pertandingan ‘Beli, Imbas dan Menang’ yang mana pelanggan peluang memenangi hadiah termasuk makan malam bernilai RM1, 200 untuk 10 pemenang berserta hadiah saguhati hamper produk bernilai RM88.80,” ulasnya lagi.