Keputusan kes genosid Israel dikeluarkan Jumaat - ICJ

Iklan
Aktivis melaungkan slogan semasa demonstrasi solidariti dengan rakyat Palestin di luar Konsulat Afrika Selatan, di Beirut, Lubnan pada 19 Januari lalu. Foto EPA

THE HAGUE - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan keputusannya pada Jumaat berhubung permintaan langkah-langkah sementara yang dikemukakan Afrika Selatan dalam kes genosid Israel, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kes berkenaan membabitkan Pelaksanaan Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Semenanjung Gaza (Afrika Selatan lawan Israel), menurut mahkamah menerusi satu kenyataan media.

Iklan
Iklan

Sidang umum akan berlangsung pada 1 petang di Peace Palace di The Hague, Belanda dan perintah mahkamah akan dibacakan.

Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel, menuduhnya melakukan 'genosid' ketika pencerobohan ke atas Gaza.

Iklan
Iklan

Perbicaraan mengenai kes itu telah berlangsung selama dua hari bermula 11 Januari. - Bernama/ WAFA