'Pengkhianat perjuangan akan dihina tujuh keturunan' - Shahidan Kassim

Iklan
Shahidan Kassim

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menempelak tindakan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lalu.

Beliau mendakwa, mana-mana ahli politik yang menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan dianggap sebagai pengkhianat perjuangan.

Iklan
Iklan

"Pengkhianat-pengkhianat perjuangan akan dihina tujuh keturunan, keluarga juga terpalit.

"Kembali ke pangkal jalan,” kata bekas pemimpin UMNO itu secara ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

Zulkafperi merupakan ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keenam yang bertindak sebegitu dan beliau mendakwa ia dilakukan tanpa sebarang paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak.

Tambahnya lagi, keputusan tersebut bertujuan untuk memastikan nasib dan pembangunan penduduk di Parlimen terus terbela serta memperoleh manfaat termasuk peningkatan infrastruktur atau keperluan masyarakat setempat.

Iklan

Bagaimanapun tegas Zulkafperi, beliau akan tetap setia sebagai ahli Bersatu dan tidak akan sesekali mengkhianati perjuangan parti berkenaan.

Sebelum ini, lima wakil rakyat Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar iaitu Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).