PEMAIN perseorangan negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak sempurna dalam Kejohanan Badminton Indonesia Masters apabila mara ke pusingan ketiga pada Khamis.
Dalam aksi pusingan kedua di Istora Senayan, pemain nombor 10 dunia itu tampil lebih garang untuk menewaskan pencabar dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun set pertama Zii Jia diasak hebat sebelum menang 22-20 ke atas pemain nombor 20 dunia tersebut.
Set kedua, Zii Jia yang menyingkirkan cabaran jagoan India, Srikanth Kidambi pada pusingan pertama pada Rabu tampil lebih konsisten mengutip mata bagi meninggalkan jauh lawannya untuk kemenangan 21-15 dalam masa 46 minit.
Menanti Zii Jia di suku akhir pemenang perlawanan antara pemain India, Priyanshu Rajawat menentang Brian Yang (Kanada).