Indonesia kecam serangan terbaharu Israel di Khan Younis

Iklan
Kelihatan asap berkepul-kepul di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza semasa pengeboman Israel pada Rabu di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan pejuang Hamas. Foto AFP

JAKARTA - Kementerian Luar Indonesia menegaskan bahawa serangan Israel ke atas kemudahan pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Khan Younis baru-baru ini satu lagi tindakan rejim itu yang mencabuli undang-undang antarabangsa.

Kementerian itu menerusi platform media sosial X mengeluarkan kenyataan pada Khamis bahawa Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas kemudahan pelarian PBB di Khan Younis, Gaza hingga mengakibatkan nyawa terkorban.

Iklan
Iklan

Pada Rabu, sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala 75 lagi cedera dalam serangan di pusat perlindungan kedua terbesar di Gaza yang dikendalikan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Menurut pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini, kira-kira 30,000 orang cuba mendapatkan perlindungan di tapak itu dan angka kematian mungkin meningkat.

Iklan

Beliau menyifatkan insiden itu sebagai mengabaikan peraturan asas perang secara terang-terangan.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR) memaklumkan, tragedi itu mendorong beribu-ribu penduduk mencari perlindungan di Rafah yang kini menjadi tuan rumah kepada lebih 50 peratus penduduk Gaza.

Iklan

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan, sebanyak 195 kematian dalam tempoh 24 jam dari 22 hingga 23 Januari.