Pelbagai aktiviti menarik sempena Tahun Baharu Cina di MyTOWNKL

Iklan
Pengurus Besar MyTOWNKL, Mohd Azhan Che Mat (dua dari kanan) bersama kakitangan MyTOWNKL dan tetamu yang hadir pada majlis pelancaran sambutan Tahun Baharu Cina di pusat beli-belah MYTOWNKL Cheras, baru-baru ini.

SHAH ALAM - Pusat beli-belah MyTOWNKL menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung bermula Sabtu hingga 20 Februari sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

Pengurus Besarnya, Mohd Azhan Che Mat berkata, antara aktiviti yang akan dilaksanakan bermula jam 1 tengah hari hingga 7.30 malam itu ialah bengkel dan kejohanan tarian naga, bertemu dengan maskot patung Polly serta God of Prosperity.

Iklan
Iklan

"MyTOWNKL menyambut perayaan ini dengan menghayati nilai tradisional dan aspirasi kontemporari yang ditandai kebijaksanaan serta kekayaan.

"Konsep kebijaksanaan mempunyai tempat yang istimewa menandakan kepentingan pengetahuan, pengalaman dan usaha berterusan untuk pencerahan peribadi secara kolektif.

Iklan

"Seiring dengan kebijaksanaan, perayaan ini juga merangkumi tema kekayaan yang melambangkan kemakmuran dan nasib baik,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

"Diselit dengan suasana ceria, lagu yang bertajuk You Dunno Meh ini menambah sentuhan moden kepada adat kuno.

Iklan

"Gubahan unik ini berkisar tentang perpaduan, kepelbagaian dan kegembiraan bersama menyambutnya secara harmoni walaupun terdapat perbezaan budaya.

"Ia memperkaya perayaan dan membina komuniti yang lebih kuat dan terhubung,” ujarnya.

Tambah Mohd Azhan, orang ramai juga boleh mendapatkan minuman eksklusif yang melambangkan kemakmuran di cawangan Jus Urban di MyTOWNKL.

"Ia menarik kerana dua jus yang menggabungkan perisa dan ramuan yang memberi simbolik tuah, kelimpahan dan nasib baik,” katanya lagi.