Amaran hujan lebat, ribut petir di 9 negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri sehingga 7 malam Khamis.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri berkuat kuasa sehingga pukul 7 malam Khamis.

Jabatan itu menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, amaran tersebut dikeluarkan ekoran ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka melanda Kedah (Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu) serta seluruh Pulau Pinang dan Perak.

Iklan
Iklan

Selain itu di Pahang melibatkan beberapa daerah iaitu Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan, Tanah Tinggi Cameron dan Rompin manakala Sarawak di Betong Saratok dan Kabong, Sarikei dan Sibu (Kanowit).

Negeri lain yang terlibat termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Iklan

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," menurutnya.

Iklan