Mayat lelaki jatuh Sungai Muar ditemui tersangkut pada pokok

Iklan
Mayat mangsa ditemukan tersangkut pada pokok pada jam 12.44 tengah hari Khamis. Foto pembaca

JEMPOL - Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Muar, Rompin di sini ditemui lemas pada Khamis.

Mayat, B Thiagu, 31, ditemui tersangkut pada pokok dianggarkan 600 meter dari jambatan yang dikatakan mangsa terjatuh pada jam 12.44 tengah hari.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam mengatakan seorang lelaki terjatuh di Sungai Muar pada jam 9.45 malam pada Rabu.

Anggota penyelamat mengangkat mayat mangsa yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Muar, Rompin. Foto pembaca

"Susulan itu, polis telah menubuhkan pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri 56 orang melibatkan anggota polis dan pasukan Bomba dan Penyelamat Bahau serta Jempol.

Iklan

"Pada jam 10.35 pagi tadi (Khamis) pencarian mangsa telah digerakkan dan mayatnya ditemui jam 12.44 tengah hari iaitu dianggarkan 600 meter dari jambatan yang dikatakan dia terjatuh," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat bagi mengetahui sebab-sebab kematian.

Iklan

Tambahnya, setakat ini polis telah mengklasifikasikan kes sebagai laporan mati mengejut.