SHAH ALAM - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis berkemungkinan memihak kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) berikutan pengaruh Muafakat Nasional tidak begitu mendapat tempat di Sabah.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed malah berkata, Pas juga tiada sebarang kekuatan di negeri berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Warisan merupakan pemerintah negeri ketika ini dan isu yang akan dibangkitkan sepanjang tempoh berkempen menjurus kepada permasalahan setempat.
"PRK ini akan menyaksikan sejauh mana Warisan di bawah presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dapat memperluaskan pengaruh dengan mengambil kira sama ada dasar-dasar kerajaan negeri memberi manfaat kepada rakyat Sabah.
"Bagi saya, mungkin PRK ini tidak sengit. BN pula diwakili calon yang tidak banyak pengalaman. Kemungkinan menang, Warisan 60 peratus manakala BN 40 peratus,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Warisan lawan BN di Kimanis
PKR Kimanis: SPR sasar 70 peratus keluar mengundi
PRK Kimanis diadakan selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah serta batal.
Proses penamaan calon semalam menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ketua Warisan Bahagian Kimanis, Datuk Karim Bujang, 67, dan Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, 48.