ADUN Pending akan hadiri angkat sumpah TYT Sarawak

Iklan
Violet. Tangkap layar menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong Wui Wui akan menghadiri upacara angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak yang dijangka berlangsung pada 29 Januari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan beliau menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Saya akan hadir dalam upacara angkat sumpah TYT Sarawak yang baharu pada Isnin nanti,” katanya.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nama calon untuk TYT Sarawak yang baharu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Iklan
Iklan

Beliau memaklumkan, Al-Sultan Abdullah telah memberi perkenan dan pengganti Tun Abdul Taib Mahmud yang tamat perkhidmatan pada 28 Februari ini akan diumumkan dalam waktu terdekat.