Nama Arif Aiman akan diingati 'oppa' dan 'noona' Korea

Iklan
Pemain Malaysia Arif Aiman Hanapi ketika melakukan cubaan menjaringkan gol pada perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub hari ini. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

BINTANG muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi pasti akan diingati penyokong Korea Selatan selepas meledak gol kedua Harimau Malaya pada pertemuan Kumpulan E menentang skuad Taegeuk Warriors di Stadium Al Janoub pada Khamis.

Arif Aiman yang teruk dikritik dalam dua perlawanan menentang Jordan dan Bahrain tenang menyempurnakan sepakan penalti di pentas tertinggi bola sepak Asia.

Iklan
Iklan

Karakter dan kematangan dipamerkan Arif Aiman amat menakjubkan di sebalik usianya yang masih muda.

Pemain berusia 21 tahun itu juga sesekali berjaya menembusi benteng pertahanan Korea Selatan yang dikawal pertahanan kental Bayern Munich, Kim Min-jae.

Iklan

Sebagai rekod, Arif Aiman menjadi pemain Harimau Malaya dengan nilai tertinggi dalam Pasukan Fantasi Piala Asia 2023 di laman sesawang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Arif Aiman menjadi satu-satunya pemain negara yang memiliki nilai dua angka sekali gus mengangkat pemain muda itu sebagai penyerang kelima termahal dalam senarai semua penyerang dalam Pasukan Fantasi Piala Asia 2023.

Iklan

Sebelum sepak mula kempen Piala Asia, nama Arif Aiman diletakkan sebaris dengan nama besar dunia seperti Son Heung-Min.