Harimau Malaya pamer karakter luar biasa

Iklan
Skuad Harimau Malaya bergambar bersama-sama selepas perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub hari ini.

[DIKEMAS KINI] Skuad Harimau Malaya mempamerkan persembahan luar biasa untuk bangkit mengikat pasukan di ranking ke-23 dunia, Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Al Janoub pada Khamis.

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools berkata, para pemain negara berjaya menunjukan karakter untuk melakar keputusan positif menentang juara dua kali Piala Asia itu.

Iklan
Iklan

"Kami menunjukkan karakter walaupun Korea sangat dominan dan pada akhirnya kami dapat mengikat perlawanan. Ia satu mata berharga.

Pemain Malaysia, Arif Aiman Hanapi (dua dari kanan) meraikan jaringan gol bersama pasukannya pada perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub hari ini. Foto Bernama

"Perlawanan tidak akan berakhir sehingga wisel penamat ditiup.

Iklan

"Ada ketika, ada situasi tidak terduga tetapi akhirnya masih ada masa untuk kami mendapatkan satu lagi gol.

"Saya bangga dengan semua pemain dan kami tunjukkan karakter positif," katanya.

Iklan

Dalam perlawanan itu, Korea terlebih dahulu berada di hadapan menerusi Jeong Woo-yeong pada minit ke-21.

Bagaimanapun, pemain sayap sensasi negara, Faisal Halim berjaya mengejutkan Korea menerusi gol cantik pada minit ke-51 sekali gus menyaksikan sorakan 'siuuu' bergema di Stadium Al Janoub itu.

Harimau Malaya sekali lagi membuatkan skuad kendalian Jurgen Klinsmann itu tergamam apabila bintang skuad negara, Arif Aiman Hanapi meledak penalti pada minit ke-61.

Korea bangkit menerusi jaringan sepakan percuma Lee Kang-in minit ke-83 dan Kapten Son Heung-min kembali meletakkan pasukannya di hadapan selepas menyempurnakan penalti pada masa kecederaan.

Pemain Malaysia Romel Morales meraikan jaringan gol pada perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub hari ini.


Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon meraikan jaringan gol bersama pemain selepas perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub hari ini.

Pada ketika Korea berada di ambang untuk meraih tiga mata berharga, pemain gantian Romel Morales meledak gol penyamaan memastikan skuad negara membawa pulang satu mata berharga dari bumi Qatar.