'Saya percaya bukan penalti, tiada penalti...' - Klinsmann

Iklan
Jurgen Klinsmann - Foto: AFP

KEPUTUSAN pengadil memberikan sepakan penalti kepada Malaysia menentang Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia Qatar 2023 disifatkan tidak wajar.

Itu luahan pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann yang menyifatkan pengadil telah menyebabkan Taeguk Warriors terikat 3-3 dengan Harimau Malaya pada Khamis.

Iklan
Iklan

Tambah pengendali kelahiran Jerman itu, pengadil tidak sepatutnya memberikan sepakan penalti kepada skuad kendalian Kim Pan-gon selain gol ketiga Harimau Malaya boleh dipertikaikan.

"Jelas sekali saya marah dengan gol yang dihasilkan lawan, saya percaya bukan sepakan penalti, tiada penalti.

Iklan

"Ada satu lagi gol juga tidak sepatutnya diberikan, namun diberikan (gol ketiga Malaysia),” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.

Aksi di Stadium Al Janoub itu, gol Korea Selatan dijelmakan Jeong Woo-yeong minit ke-21, Lee Kang-in (m-83) dan Son Heung-min (m-94) menerusi sepakan penalti.

Iklan

Gol Harimau Malaya pula dihasilkan Faisal Halim minit ke-51, Arif Aiman Hanapi (penalti m-62) dan Romel Morales (m-115).

Keputusan seri itu menyaksikan Harimau Malaya mengakhiri saingan Kumpulan E dengan mengumpul satu mata selepas tewas 0-4 kepada Jordan diikuti 0-1 kepada Bahrain.