Perubahan skim perlu dimulakan dari atas
Iklan
SHAH ALAM - Pemansuhan skim pencen bagi penjawat awam perlu dimulakan dengan wakil rakyat dan menteri kabinet terlebih dahulu kerana gaji serta elaun mereka lebih besar berbanding penjawat awam yang lain.
Felo Penyelidk Bersekutu Institut Analisis Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Afifi Abdul Razak berkata, lagipun sebagai pemimpin negara mereka perlu menunjukkan contoh dan teladan kepada rakyat.
"Kita faham masalah kewangan kerajaan, nak kena tanggung pencen penjawat awam tetapi elok perubahan itu dimulakan dari atas, kepimpinan melalui teladan. Kalau gaji besar, pencen pun mesti banyak.