Ladang nanas MD2 'istimewa' dari penjara
Iklan
Penghuni Penjara Sungai Petani yang terpilih mengusahakan tanaman nanas MD2.
SUNGAI PETANI - Inisiatif Penjara Sungai Petani melakukan transformasi ke atas 0.8 hektar kawasan semak kepada penanaman 30,000 pokok nanas MD2 bukan sahaja memberi manfaat kepada penghuninya malah penduduk sekitar.
Pengarah Penjara Sungai Petani, Penolong Komisioner Abd Zaini Ibrahim berkata, tidak hanya bertujuan memenuhi permintaan pasaran, malah kewujudan Taman Agro-Aqua Culture dan Rekreasi ini juga dijadikan terapi pemulihan bagi 30 penghuni berusia 40 tahun ke atas menanam nanas dan pelbagai aktiviti lain.
Abd Zaini (dua kanan) turut mencuba menanam nanas di Taman Agro-Aqua Culture dan Rekreasi Penjara Sungai Petani.
Iklan
Iklan
Menurutnya, selain menambah beberapa jenis tanaman yang boleh dikomersialkan seperti jagung dan sayur-sayuran, kawasan itu juga bakal dilengkapi tujuh kolam ikan dan ruang rekreasi.
"Selain pertanian dan perikanan, kita juga akan lengkapkan kawasan ini dengan kemudahan trek pejalan kaki sepanjang 800 meter, ruang senaman dan rekreasi agar dapat dimanfaatkan secara maksimum.
Iklan
"Sesiapa yang berada di taman rekreasi ini sudah pasti akan teruja dengan pemandangan menarik ladang nanas, kebun sayur, kolam ikan dan tempat riadah," katanya.
Sulur nanas MD2 yang sedia untuk ditanam.
Jelasnya, penanaman nanas MD2 dijangka diperluaskan kerana masih mempunyai tanah kosong terbiar sehingga mencapai lebih kurang 75,000 pokok.
Iklan
"Ia bukan sahaja mampu meningkatkan motivasi dan kesihatan penghuni malah ruang rekreasi turut akan dibuka untuk kakitangan dan penduduk setempat bersukan.
"Dalam masa sama, kita turut mengambil berat tentang aspek keselamatan namun percaya bahawa penghuni yang terpilih mengendalikan tanaman dan aktiviti perikanan mempunyai daya usaha dan kegigihan yang tinggi bagi menjayakan projek ini," katanya.
Nanas MD2 mendapat permintaan tinggi di pasaran disebabkan rasanya lebih manis berbanding jenis lain.
Jelasnya, masyarakat setempat turut memberi sokongan kepada usaha berkenaan memandangkan sebelum ini, kawasan berkenaan dipenuhi semak samun, haiwan liar dan berbisa.
"Kini, penduduk tidak perlu bimbang kerana kawasan lapang telah dibersihkan dan dimanfaatkan sepenuhnya malah masyarakat akan diberi peluang mengunjungi taman rekreasi ini apabila ia siap kelak," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam