Dendam peribadi Pizzi berdepan Jepun

Iklan
Juan Antonio Pizzi - Foto: AFP

PENGENDALI Bahrain, Juan Antonio Pizzi mempunyai dendam peribadi dengan juara empat kali Jepun dalam pusingan 16 terakhir Piala Asia Qatar selepas membawa pasukannya mara ke pusingan kalah mati dengan kemenangan 1-0 ke atas Jordan pada Khamis.

Abdulla Yusuf menjaringkan gol tunggal perlawanan di Stadium Antarabangsa Khalifa untuk membawa Bahrain ke Pusingan 16 sebagai pemenang Kumpulan E dan itu bermakna Pizzi akan bertemu sekali lagi dengan pengendali, Jepun Hajime Moriyasu.

Iklan
Iklan

Kedua-dua mereka bertemu pada edisi 2019 apabila Moriyasu mengetuai pasukan meraih kemenangan 1-0 ke atas Pizzi yang pada ketika itu mengendalikan Arab Saudi.

"Perlawanan (menentang Jordan) ini sangat positif dan kami berhak mendapat keputusan yang lebih baik. Tahap Jepun sangat tinggi.

Iklan

"Mereka mempunyai kemahiran dan potensi individu yang tinggi tetapi kami mempunyai keyakinan tinggi terhadap pemain kami, fokus mereka dan usaha mereka dan berharap kami akan layak.

"Sudah tentu pasukan Jepun sangat baik dan mempunyai pemain berpengalaman yang bermain dalam liga Eropah tetapi kami optimis dengan pasukan kami," katanya.

Iklan

Bahrain mara apabila melakar kemenangan kedua peringkat kumpulan selepas sebelum ini meraih kemenangan tipis ke atas Malaysia dan Pizzi gembira dengan keputusan itu di hadapan 36,950 penonton.

"Kami sangat gembira kerana menang dan kami sangat gembira dengan prestasi pasukan kami,” katanya.