Budak 9 tahun tinggal seorang diri, ibu lari ikut teman lelaki

Iklan
Budak lelaki tinggal bersendirian dalam apartmen selama dua tahun di Nersac, barat daya Perancis. - Agensi

PARIS - Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun terpaksa tinggal dalam apartmen bersedirian selama dua tahun selepas ditinggalkan ibunya yang mengikut teman lelaki.

Baru-baru ini, akhbar Perancis melaporkan kisah menyayat hati seorang budak lelaki tinggal bersendirian dalam unit apartmen kos rendah di Nersac, barat daya Perancis.

Iklan
Iklan

Dalam tempoh tahun 2020 hingga 2022, budak lelaki yang enggan didedahkan identitinya dilaporkan hanya makan gula-gula, makanan dalam tin dan makanan diberikan jiran.

Manakala ibunya tinggal selesa bersama teman lelaki yang terletak di bandar Sireuil, hanya 5 kilometer dari apartmen didiami anaknya itu.

Iklan

Difahamkan, ibunya hanya datang sekali dalam sebulan untuk memeriksa keadaannya selain membawa sedikit makanan dan tidak pernah membawanya untuk tinggal bersama mereka.

Namun, apabila polis memasuki apartmen itu mereka hanya menemui peti sejuk kosong, tong sampah yang dipenuhi pembungkus kek dan roti dan bekas tin makanan.

Iklan

Selepas menyoal lanjut budak itu, mereka mengesahkan bahawa dia telah tinggal bersendirian selama dua tahun dan ibunya jarang mengunjunginya.

Ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Alexandra menafikan dia meninggalkan anaknya secara bersendirian selama dua tahun,

Malah, wanita berusia 39 tahun menuduh jirannya sengaja mereka cerita dan menegaskan dia sering membawa anaknya ke sekolah menaki bas ke Sireuil dan pulang dengan menaiki skuter.

Bagaimanapun, pihak berkuasa dan hakim yang mengetuai kes itu menyatakan kenyataan diberikan wanita itu tidak boleh dipercayai.

Sejak budak itu ditempatkan dalam pusat kebajikan tahun lalu, ibunya hanya melawatnya selama dua kali dan paling menyedihkan dia memutuskan hubungan mereka.

Namun, baru-baru ini hakim menjatuhkan hukuman 19 bulan penjara kerana mengabaikan anaknya dan wanita itu dikehendaki memakai gelang elektronik selama enam bulan. - Agensi