Rombak pakej imbuhan jika hapus pencen
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan perlu merombak keseluruhan pakej imbuhan pada masa ini jika ingin melaksanakan sistem baharu penjawat awam dengan menghapuskan skim pencen.
Penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, pertimbangan perlu dilakukan dengan mengambil kira pakej serupa dilaksanakan di sektor swasta yang biasanya mempunyai struktur gaji, faedah imbuhan dan pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang lebih tinggi.