Risiko hilang sokongan, kerajaan perlu beri penjelasan
Iklan
SHAH ALAM - Tindakan kerajaan mahu melaksanakan pengambilan penjawat awam baharu secara lantikan kontrak berisiko mengurangkan sokongan rakyat khususnya golongan muda pada masa akan datang.
Penganalisis politik, Profesor Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, bagaimanapun perkara tersebut dapat dielakkan sekiranya kerajaan memberi penjelasan secara menyeluruh kepada rakyat seperti mengadakan townhall.