Pengorbanan 'abang rambut perang' jual motosikal untuk ke Qatar

Iklan
Derrick menangis ketika meraikan gol kedua Harimau Malaya.

SEORANG penyokong Harimau Malaya mencuri tumpuan selepas dilihat menangis ketika meraikan gol kedua pasukan negara ketika perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 menentang Korea Selatan di Stadium Al Janoub.

Tangisan pemuda yang dikenali sebagai Derrick Gan itu mendapat perhatian apabila turut tular kisahnya yang menjual sebuah motosikal untuk menyaksikan penampilan Harimau Malaya di Qatar.

Iklan
Iklan

Derrick yang dipanggil 'abang rambut perang' selepas videonya menangis meraikan gol itu tular di media sosial mengiklankan untuk menjual motosikalnya di laman Facebook miliknya pada 28 Disember tahun lalu.

"Mencari dana ke Qatar. Malaysia Road to Asia. Tumpang lalu adik nak lepaskan motor demi negara tercinta.

Iklan

"Kejohanan besar pertama dalam sejarah Malaysia. Ada sesiapa sudi tolong tak?" katanya dalam hantaran iklan tersebut.

Iklan Derrick yang mahu menjual motosikal miliknya.

Walaupun gagal ke pusingan 16 pasukan terbaik, skuad Harimau Malaya mencipta sensasi apabila mengikat pasukan di ranking ke-23 dunia, Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E pada Khamis.

Iklan

Skuad kendalian Kim Pan-gon itu terlebih dahulu ketinggalan menerusi tandukan Jeong Woo-yeong pada minit ke-22 sebelum Mohamad Faisal Abdul Halim menyamakan kedudukan pada minit ke-51 dan Arif Aiman Mohd Hanapi meletakkan negara di depan enam minit kemudian.

Korea bangkit dengan dua gol menerusi Lee Kang-in sebelum mendahului menerusi sepakan penalti bintang Totteham Hotspur, Son Heung-min.

Namun, penyerang naturalisasi negara, Romel Morales memastikan penampilan Malaysia di Piala Asia diingati menerusi gol penyamaan pada masa kecederaan.