RAMALLAH - Sekitar 66 peratus rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menghidap penyakit bawaan air seperti taun, cirit-birit kronik dan penyakit usus ekoran kekurangan sumber air bersih dan penutupan semua loji penyahgaraman disebabkan pencerobohan berterusan Israel, menurut Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar (EQA) wilayah itu.
Pengeboman Israel terhadap saluran kumbahan terutama di Loji Sheikh Radwan, mengakibatkan kejadian banjir hingga mencapai tahap kritikal akibat pengumpulan air hujan dan kebocoran sisa kumbahan, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.