Sky Musallah, ruang solat tertinggi di dunia

Iklan
Keindahan ruang solat di Sky Mussallah. Foto Agensi

MAKKAH - Sebuah ruang solat tertinggi di dunia dengan pemandangan jelas menghadap Kaabah dan Masjidil Haram telah dibuka di sebuah hotel mewah Jabal Ommar Makkah.

Dikenali sebagai Sky Mussallah atau Mussollah di Langit, ruang solat itu terletak dalam jambatan penghubung antara dua bangunan pada ketinggian 483 meter dari paras laut.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Arab News, ruang solat tertinggi di dunia itu yang direkodkan dalam buku Rekod Dunia Guinness menghubungkan menara berkembar hotel di tingkat 36, 37 dan 38.

Lebih menarik lagi, setiap jemaah atau pelancong boleh mendengar laungan azan dan solat dengan jarak yang cukup dekat.

Iklan

Menerusi kenyataan pihak hotel, ruang solat itu memiliki keluasan 550 meter persegi yang mana boleh menampung sehingga 520 jemaah.

Rekaan dalaman Sky Musallah juga menampilkan gabungan pesona Arab purba serta kemewahan kontemporari dengan seni kaligrafi Islam.

Iklan

Setiap ukiran kaligrafi juga menghimpunkan nama-nama ALLAH SWT dan ukiran dinding yang memaparkan ayat suci al-Quran antaranya surah 3 Qul.

Reka bentuknya juga dibina dengan memperuntukkan 50 peratus kawasan bagi ibadah solat, manakala baki ruang pula adalah untuk perkhidmatan lain.

Sky Mussallah adalah bukti kecemerlangan seni bina dan kreativiti tanpa had yang menggunakan teknologi canggih dan peralatan khas untuk menghasilkan reka bentuk yang luar biasa. - Agensi