Tindakan agresif bongkar rahsia
Iklan
LANGKAWI - Tindakan seorang pemandu bot pelancong mencari pendapatan sampingan dengan menjual dadah mengundang padah apabila dicekup polis tengah malam tadi.
Dalam kejadian jam 12.01 tengah malam, lelaki berumur 26 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di kawasan Kampung Nyior Cabang di sini.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek ditahan semasa berjalan kaki sambil menyilang beg dalam keadaan mencurigakan dan sebaik anggota polis memperkenalkan diri, suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.
"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam beg silang yang dibawa lelaki itu, polis menemukan dua peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 97.40 gram bernilai lebih kurang RM2,000 dan dua peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki syabu kira-kira 76.70 gram bernilai anggaran RM6,000," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Mohd Iqbal berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan," katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>