Suami isteri diberkas dipercayai dera kanak-kanak hingga maut

Iklan
Hussein Omar Khan

PETALING JAYA - Pasangan suami isteri diberkas polis dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga maut dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan dekat sini pada Khamis.

Kedua-dua suspek itu juga merupakan ibu dan bapa saudara kepada mangsa berumur setahun enam bulan yang sebelum itu dibawa ke Hospital Shah Alam selepas didapati tidak sedarkan diri.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan penahanan kedua-dua suspek berumur lingkungan 20-an itu.

AKAN MENYUSUL

Iklan
Iklan