Setiausaha baharu MB Kelantan

Iklan
Ahmad Ubaidillah Alias

KOTA BHARU - Ahmad Ubaidillah Alias dilantik menjadi Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob bagi menggantikan Ahmad Saiful Rahman Ab Rahim.

Ahmad Ubaidillah melaporkan diri secara rasmi di Pejabat Menteri Besar Kelantan hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai Pegawai Unit Latihan dan Pegawai Bahagian Pembangunan Usahawan PKINK.

Beliau berpengalaman dalam bidang penulisan dan pernah menerbitkan 21 buah buku serta terlibat dalam penulisan skrip televisyen dan drama.

Iklan

Iklan