BERITA SEMASA 26 JANUARI 2024
Seorang bapa kepada tiga anak, yang tular di media sosial sebagai ‘Hot Daddy’ bersama dua rakan wanitanya berhubung suatu video lucah, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas satu pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan, minggu lalu.
Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, dan Norhidayah Mahadi, 24, yang bekerja sendiri serta pengurus syarikat swasta, Norshazrina Md Zamri, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X di Pejabat D7 (Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) Bukit Aman, pada jam 10.10 pagi, 16 Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372 (1) (e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/646367/berita/semasa/hot-daddy-dua-rakan-wanita-didakwa-iklankan-khidmat-persundalan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #hotdaddy