Rumah tertimbus tanah runtuh penempatan pekerja asing

Iklan
Chi Yang

CAMERON HIGHLANDS - Rumah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley di sini pada Jumaat merupakan kediaman pekerja kebun sayur berhampiran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Ho Chi Yang berkata, kesemua pekerja berkenaan termasuk mangsa yang tertimbus merupakan warga asing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kawasan berkenaan tidak pernah berlaku runtuhan yang membabitkan kematian.

"Sekitar kawasan ini memang ada tanah runtuh yang kecil-kecil. Kalau dalam minggu ini ada seperti di Sungai Ikan, Kampung Raja tapi itu hanya tanah runtuh yang berskala kecil melibatkan pokok tumbang, tanah gelongsor tetapi tidak berlaku apa-apa kemalangan atau kerosakan.

Iklan

"Jadi kali ini kejadian tanah runtuh yang berskala besar dan pertama kali melibatkan nyawa dari tahun lepas," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di Batu 59, Blue Valley di sini pada Jumaat.

Sinar Harian melaporkan, seramai lima mangsa termasuk seorang wanita tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu telah dikenal pasti sebagai warga Myanmar.

Iklan

Mangsa pertama dikenali sebagai Haphey, 36, ditemui maut tertimbus jam 5.40 pagi pada Jumaat.

Pasukan mencari dan menyelamat kemudiannya menemui mayat kedua pada jam 12.05 tengah hari.