Lebih RM2.3 juta peruntukan Bantuan Awal Persekolahan di Labuan

Iklan
Fadhlina (dua dari kiri) ketika ditemui media di SMK Labuan sempena lawatan rasmi beliau ke Labuan hari ini. Foto Bernama

LABUAN - Lebih RM2.3 juta peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024 diluluskan untuk kesemua 27 sekolah di Labuan.

Menteri Pendidikan. Fadhlina Sidek berkata. inisiatif sekali bayar sebanyak RM150 itu perlu diberikan kepada setiap pelajar atau ibu bapa tanpa sebarang potongan lain termasuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Iklan
Iklan

"Berdasarkan garis panduan, tiada potongan bayaran BAP kepada pelajar yang layak tanpa mengira latar belakang ekonomi mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian Wakalah Zakat Peranti untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan hari ini.

Pada Oktober tahun lepas, Kementerian Pendidikan memaklumkan sebanyak RM788.13 juta telah diperuntukkan untuk BAP di bawah Belanjawan 2024, yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta pelajar.

Iklan

BAP sebanyak RM150 setiap seorang itu diagihkan bermula bulan ini bertujuan mengurangkan beban kepada ibu bapa dan penjaga dalam membuat persediaan persekolahan anak mereka. - Bernama

Iklan