LBS Foundation sumbang RM200,000 kepada sekolah

Iklan
Dr Lim Hock San (dua kiri) menyerahkan replika cek kepada Dr Margaret (dua kanan) sambil disaksikan Amirudin (tengah).

SHAH ALAM - Pemaju hartanah, LBS Bina Group Berhad (LBS) menjalankan khidmat tanggungjawab sosial dengan menyumbang sebanyak RM200,000 kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katolik Petaling Jaya (CHSPJ), di sini, baru-baru ini.

Sumbangan melalui LBS Foundation itu bertujuan untuk membantu dana bagi pemasangan skrin paparan LED di dewan utama sekolah tersebut untuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Iklan
Iklan

Majlis sumbangan itu telah disempurnakan Pemegang Amanah LBS Foundation, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, dengan menyampaikan sumbangan tersebut kepada pengetua sekolah, Dr. Margaret Lim Pei Tee.

Dr Lim Hock San bersama tetamu kehormat, para guru dan murid di Sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2024 Sekolah Menengah Jenis Katolik Petaling Jaya, bergambar kenangan dengan kumpulan persembahan tarian singa.

Majlis penyampaian replika cek turut disaksikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Hadir sama, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han, ADUN Bukit Gasing, R. Rajiv.

Iklan

Menurutnya, pihak LBS berbangga melihat peningkatan dan kemajuan sekolah tersebut baik dari segi akademik dan peningkatan persekitaran yang kondusif bagi pelajar.

"Kami berharap sekolah ini akan terus berusaha untuk mengekalkan kejayaan di dalam melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang berbakat demi masa hadapan negara kita.

Para pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katolik Petaling Jaya teruja untuk berswafoto bersama Amirudin, Dr Lim Hock San dan Dr Margaret pada penutup majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2024.

Iklan

"Sumbangan LBS Foundation ini merupakan salah satu daripada usaha kami dalam membantu dan mempertingkatkan komuniti dan memperkukuhkan individu sejagat,”katanya

Hock San berkata, pihaknya percaya bahawa sumbangan itu akan memberikan impak yang positif, sekali gus membantu tenaga pengajar dan pelajar di sekolah.

"Kerjasama LBS Foundation dan sekolah ini menunjukkan hubungan di antara badan korporat dan institusi pendidikan terjalin untuk kebaikan komuniti.

"Ini selari dengan komitmen dan fokus utama LBS Foundation dalam membantu golongan yang memerlukan dengan memberi tumpuan kepada empat aspek penting kehidupan iaitu, Kesihatan, Pendidikan, Alam Sekitar dan Komuniti,”katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai LBS Foundation, layari laman web rasmi di www.lbsfoundation.com.my, atau ikuti laman media sosial rasmi di www.instagram.com/lbsfoundation/ dan www.facebook.com/lbsfoundationmy/.