Sedia Kertas Hijau Akta Parlimen Penggal Tetap elak maklumat salah

Iklan
Ahmad Zahid sebelum ini mencadangkan agar Akta Parlimen Berpenggal Tetap digubal bagi mengekalkan kerajaan hingga akhir penggal. Gambar kanan: Wilfred Madius Tangau

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menggesa Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) menyediakan Kertas Hijau untuk membahaskan Akta Parlimen Penggal Tetap (FTPA) bagi mengelakkan maklumat yang salah.

Beliau berkata, jika kerajaan tidak meletakkan parameter untuk perbincangan yang rasional, ia akan membawa kekosongan maklumat dan akan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, Kertas Hijau penting dijadikan amalan standard untuk berdebat secara umum dan memberi input kepada rakyat mengenai kestabilan kerajaan.

"Kita khuatir maklumat yang salah diterima oleh orang ramai dan ia dieksploitasi oleh penggerak politik yang ingin memanipulasi keadaan sehingga mencetuskan perpecahan kaum.

Iklan

"Menerusi Kertas Hijau, kami rakyat Sabah dan Sarawak boleh menganjurkan perbahasan yang bermaklumat dan menetapkan agenda tersendiri.

"Kerajaan bijak untuk tidak menolak FTPA, tetapi ia berisiko apabila terus menggunakan pendekatan tunggu dan lihat tanpa sebarang wacana umum,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Pada 13 Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya satu rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga ke akhir penggal dibentangkan di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penggubalan akta tersebut penting bagi menghormati mandat pilihan raya, proses demokrasi dan memastikan kestabilan politik terus terjamin.

Mengulas lanjut, Wilfred berkata, kerajaan perlu mengambil pengajaran daripada peristiwa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 2018 dan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada 2019.

Jelasnya, dengan penyebaran maklumat palsu ia akan mendorong kepada pemahaman yang salah sekali gus kecenderungan ideologi politik akan mendominasi perdebatan sehingga akta itu sukar dilaksanakan.

"Maklumat salah ini jelas boleh membimbangkan ramai pengundi Melayu-Islam sehingga Malaysia terlepas peluang untuk mengheret Israel ke ICC atas jenayah perang terhadap Gaza seperti yang dilakukan oleh Afrika Selatan.

"Kertas Hijau merupakan kajian komprehensif untuk memimpin kedudukan kerajaan dengan menyumbang suara rakyat melalui perbahasan yang baik dan mengelak berlakunya kesalahan maklumat,” katanya.