'Mana kedua-dua kaki dan tangan Bella?'- Kakak

Iklan
Mira Sharmila. Gambar kanan: Perkongsian kakak Bella di Facebooknya.

BATU PAHAT - Hati mana tidak sedih dan memberontak apabila melihat sekujur tubuh adik tersayang yang dimandi dan dikafankan tanpa kedua-dua kaki dan tangan," demikian catatan Norhisham Samsusah, 36, dalam akaun Facebook miliknya pada Jumaat.

Kakak kepada Allahyarham Mila Sharmila, 32, atau Bella, berkongsi perasaan sedih itu Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Iklan
Iklan

"Hati mana tidak sedih dan memberontak apabila melihat sekujur tubuh adik tersayang yang dimandi dan dikafankan tanpa kedua-dua kaki dan tangan.

"Selesai urusan, tiba masa tuntut jenazah di Forensik HSI. Allahuakbar... Allahuakbar... terkejut saya bila tengok rangka Bella.

Iklan

"Hancur hati sehancur-hancurnya bila terima Bella dalam keadaan macam ni. Kenapa buat adik saya macam ni? Hanya tengkorak kesan pecah kena hentak benda tumpul, tulang rusuk dan punggung.

"Mana kedua-dua kaki dan tangan Bella? Rasa macam nak memberontak... nak mengamuk... Rasa nak menjerit sekuat hati bagi semua tahu betapa hancur hati saya.

Iklan

Norhisham atau lebih dikenali sebagai Ayu berkata, keadaan jenazah adiknya itu membuatkan dirinya, ibu Noraini Salleh, 54, dan ustazah menangis.

"Kenapa pelaku sangat kejam... sangat zalim? Kenapa buat Bella sehingga begitu tragik? Kami tersangat rapuh dalam situasi ini. Kenapa pengakhiran pencarian saya macam ni? Siapa boleh carikan untuk saya selepas 36 hari?

"Saya nak Bella complete (sempurna). Tolonglah faham perasaan apa yang saya rasa, besar sungguh dugaan saya dan keluarga hadapi ketika ini.

"Emak saya kehilangan Bella, tapi masih ada saya. Tapi saya hilang adik, siapa lagi yang ada untuk saya? Kosong!," tulisnya.

Norhisham turut merayu pertolongan siapa sahaja untuk membantu mencari beberapa bahagian rangka yang masih kurang seperti tangan dan kaki Bella kerana tidak disertakan ketika penyerahan di HSI Kelmarin.

"Saya nak (mayat) Bella lengkap... Tolong faham apa saya rasa...,” luahnya lagi.

Dalam catatan awalnya, Norhisham turut menerangkan mengapa seperti ingin mengadakan rusuhan ketika di Mahkamah Majistret Batu Pahat kelmarin.

Menurut Norhisham, perasaan marah datang tiba-tiba sebaik melihat tertuduh (Mohammad Haikal Mahfuz).