PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan menggantikan pemain perseorangan Justin Hoh dengan Leong Jun Hao untuk Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang menyingkap tirai bermula 13 hingga 18 Februari depan.
BAM berkata, Justin mengalami kecederaan pada lutut kanannya mungkin mengambil sedikit masa untuk pulih.
"Dengan tarikh akhir mendaftar pemain pada tengah malam ini, BAM memutuskan untuk membawa masuk Leong Jun Hao sebagai pengganti.
"Justin telah dinasihatkan oleh doktor untuk mengelak daripada menyertai sebarang pertandingan berintensiti tinggi dalam beberapa minggu akan datang," kata badan induk tersebut.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata,"Justin akan menjalani pemulihan dan akan kembali ke mahkamah sebaik sahaja disahkan oleh doktor.
"Kami akan memantau dengan teliti keadaan Justin. Kami mendoakan dia cepat sembuh dan berharap dapat melihatnya kembali beraksi tidak lama lagi.”
Sebagai rekod, skuad lelaki negara muncul juara buat pertama sejak pergenalan pada 2016 selepas menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir edisi 2022 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).
Skuad Lelaki BATC 2024
Perseorangan
Zii Jia
Tze Yong
Leong Jun Hao
Eugen Owe
Beregu
Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
Choong Hon Jian-Haikal Nazri.
Skuad Wanita BATC 2024
Perseorangan
Goh Jin Wei
K Letshanaa
Siti Nurshuhaini Azman
Wong Ling Ching
Beregu
Pearly Tan-M Thinaah
Go Pei Kee-Low Yeen Yuan
Teoh Mei Xing-Tan Zhing Yi