SHAH ALAM – Dr Maszlee Malik berjaya melakukan pelbagai reformasi dan penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara dalam tempoh singkat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurutnya, bagaimanapun keadaan jauh lebih rumit dan mencabar apabila tugasan Kementerian Pendidikan (KPM) seringkali terjebak dalam menangani isu-isu yang saling 'bersilang tuntutan' dan kepentingan melibatkan kaum, agama dan budaya.
"Contoh polemik mutakhir adalah tulisan jawi dan juga isu pengiktirafan terhadap UEC. Semacam tidak berkesudahan, isu-isu ini sekali gus meninggalkan impak negatif terhadap kerajaan baharu Pakatan Harapan,” katanya dalam status Facebooknya hari ini.