Guardiola akui akan tidur lebih lena

Iklan
Klopp dan Guardiola

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui akan tidur lebih lena selepas saingan terbesarnya Jurgen Klopp menggegarkan dunia bola sepak apabila mengumumkan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim ini.

Klopp mengejutkan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool pada Jumaat apabila dia mendedahkan akan berundur sebaik sahaja kempen semasa berakhir.

Iklan
Iklan

Klopp telah menjadi pesaing utama Guardiola untuk merebut trofi domestik semasa di England.

Walaupun Guardiola berada di kedudukan teratas dalam perebutan trofi semasa era dinasti City, pengendali Sepanyol itu amat menyedari ancaman yang ditimbulkan oleh Klopp dan pasukannya.

Iklan

Memberi penghormatan kepada pengendali Jerman itu selepas City menang 1-0 di Tottenham pada pusingan keempat Piala FA pada Jumaat, Guardiola berkata:"Dia seorang pengurus yang luar biasa, saya tidak mengenalinya secara dekat tetapi saya fikir dia seorang yang luar biasa.

"Saya mempunyai perasaan bahawa apabila dia pergi pada penghujung musim, sebahagian daripada kami di Manchester City juga akan pergi sama seperti dia. Mereka telah menjadi saingan terbesar kami, Liverpool dalam beberapa tahun terakhir."

Iklan

Bekas pengendali Borussia Dortmund itu berkata, akan meninggalkan Liverpool selepas tidak lagi mempunyai tenaga yang diperlukan untuk menguruskan kelab berprofil tinggi itu selepas sembilan tahun di Anfield.

Guardiola yang berusia 53 tahun boleh bersimpati dengan Klopp berusia 56 tahun itu mengenai keputusannya selepas dia meninggalkan Barcelona atas sebab yang sama pada 2012.

"Semua pengurus akan (merasa letih) apabila anda telah melakukannya selama bertahun-tahun, saya merasakannya sepenuhnya. Saya merasakannya di Barcelona jadi saya memahaminya sepenuhnya," katanya.

Walaupun City telah memenangi tiga gelaran terakhir Liga Perdana Inggeris, penguasaan City diancam Klopp sekali lagi pada musim ini.

Liverpool kini berada di hadapan lima mata daripada City di tempat kedua, yang mempunyai yang kurang satu perlawanan.

Perlawanan terakhir dalam Liga Perdana Inggeris pada 9 Mac depan apabila City melawat Anfield untuk pertembungan penting dalam perebutan kejuaraan.

"Dia adalah saingan terbesar City jadi saya rasa dia akan dirindui

"Saya sedikit gembira kerana tanpa dia saya akan tidur sedikit lebih lena pada malam sebelum kami menentang Liverpool tetapi saya mendoakan yang terbaik untuknya. Dia tidak mengaku tetapi dia akan kembali,” katanya.