Tekad padu Indonesia

Iklan
Amat (belakang) menuntut sokongan padu rakyat Indonesia. Foto AFP

INDONESIA bertekad mengerah segala kudrat untuk memberikan aksi terbaik dalam saingan kalah mati Piala Asia Qatar 2023 menentang Australia di Doha pada Ahad.

Semangat tersebut dilaungkan kapten skuad Sang Garuda, Jordi Amat yang turut menagih sokongan jitu seluruh rakyat negara itu.

Iklan
Iklan

"Kita harus bangga dengan saat ini, ayuh berjuang dan kami akan melakukan sebaiknya di babak seterusnya. Saya percaya kami mampu memberikan persembahan terbaik," ujar Amat.

Indonesia layak ke pusingan 16 terakhir sebagai salah satu daripada empat pasukan di tangga ketiga terbaik, manakala Australia tampil sebagai juara Kumpulan C.

Iklan

Amat turut menyifatkan pencapaian Indonesia pada kejohanan terbesar Asia itu sebagai satu catatan sejarah yang tidak masuk akal.

Indonesia mara ke pusingan kalah mati selepas menamatkan saingan Kumpulan D di tangga ketiga dengan tiga mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Vietnam.

Iklan

"Kita melakar sejarah. Ini gila. Kita berhak mendapatkannya kerana kami ada di kumpulan yang sukar tetapi berjaya melakukannya," katanya.

Turut mengiringi Indonesia sebagai pasukan di tangga ketiga terbaik ialah Jordan, Palestin dan Syria.