137 guru Pasti keracunan makanan ketika kursus

Iklan
Dua ambulans yang berada di pusat latihan yang digunakan bagi kursus 200 guru Pasti dari Wilayah Persekutuan.

KUALA LUMPUR - Seramai 137 guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) mengalami keracunan makanan ketika menyertai kursus di sebuah pusat latihan di Cheras awal pagi ini.

Timbalan Pengarah Pasti Wilayah Persekutuan, Hafizudin Muhamed Nor berkata, kejadian berlaku lewat malam semalam sebelum peserta mula mengadu sakit perut kira-kira jam 3 pagi.

Iklan
Iklan

"Daripada jumlah itu empat guru dibawa ke unit kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz selepas mengalami sakit perut dan cirit-birit teruk.

"Masih ada lagi guru yang dirawat oleh sepasukan pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di pusat latihan," katanya.

Iklan

Sementara itu, salah seorang guru yang enggan dikenali memaklumkan peserta dihidangkan bubur kacang pada menu makan malam.

"Tak pasti sakit perut disebabkan apa. Bagaimanapun semua yang terlibat dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan," katanya.

Iklan

Difahamkan, seramai 200 guru Pasti dari Wilayah Persekutuan mengikuti kursus selama dua bermula semalam dan dijangka berakhir hari ini.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati dua ambulans berada di pintu masuk di pusat latihan itu dipercayai bermula jam 10 pagi tadi.