‘Rezeki Detik Terakhir’ beri pedoman ketika hadapi ujian hidup

Iklan
Elly menunjukkan buku ‘Rezeki Detik Terakhir’.

SHAH ALAM - Sembilan tahun 'bergelut' untuk menghasilkan buku ‘Rezeki Detik Terakhir’, Elly Jalil akhirnya mampu menarik nafas lega selepas naskhah tersebut diterbitkan bulan lalu.

Menurut Elly, naskhah itu berkisarkan kisah jatuh bangun beliau ketika bergelar usahawan dan pelajar suatu masa dahulu.

"Sebenarnya saya sudah siapkan pada 2014 lagi tetapi belum ada kekuatan untuk teruskan ke peringkat seterusnya dan saya tekad untuk terbit empat tahun kemudian (2018), namun masih ada kekangan lain.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika sesi Temu Mesra Penulis sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 yang diadakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini bermula 25 Januari hingga 4 Februari.

Antara pengunjung yang hadir pada hari ketiga Jualan Gudang Karangkraf 2024 pada Sabtu.

Pengunjung juga berpeluang menerima potongan diskaun bagi tajuk buku terpilih dan cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM1,500.

Iklan

Menurut Elly, 'Rezeki Detik Terakhir' merupakan penulisan solo keduanya dan diharapkan mampu membantu orang lain untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.

(Dari kiri) Azzah, Rahmah, Elly dan Ruzita ketika sesi Temu Mesra Penulis sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam.

"Masa ditimpa ujian dan putus asa pasti akan ada keajaiban berlaku apabila bantuan daripada-Nya hadir dan membantu kita menyelesaikan semua itu dengan lebih teratur.

Iklan

"Kadang-kadang kita perlu melihat di bawah dan kadang-kadang melihat di atas. Dari situ kita mampu menilai bahawa semua orang juga mempunyai ujian yang mungkin lebih besar daripada kita,” ujarnya.

Tambah Elly, pembaca boleh mendapatkan buku tersebut di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Popular dan beberapa lagi kedai buku yang lain.