Stadium Nasional Bukit Jalil: 'Konsert boleh, bola sepak pun boleh'

Iklan
Hannah ketika ditemui media di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto Bernama

STADIUM Nasional Bukit Jalil (SNBJ) adalah untuk 'pelbagai guna' termasuk penganjuran konsert dan tidak terhad kepada bola sepak semata-mata.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang memberitahu bahawa fungsi tersebut sudah pun diterapkan sejak sekian lama.

Iklan
Iklan

Justeru beliau akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) penggunaan stadium diketatkan termasuk tidak berlaku pertindihan jadual penggunaan seperti sebelum ini.

"SNBJ adalah 'multipurpose' dan sebelum ini memang selalu stadium ini berkongsi (penggunaan)," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri acara Larian Datasonic H20 2024 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Iklan

Padang SNBJ pada akhir tahun lalu menjadi bualan hangat apabila ia mengalami kerosakan rumput selepas konsert Coldplay pada November dan ia mencetuskan kebimbangan banyak pihak terutama menjelang final Piala Malaysia 2023 selepas itu.

"Apa yang berlaku pada (konsert) Coldplay itu mesti dielakkan dan PSM (Perbadanan Stadium Malaysia) giat berusaha untuk memastikan perkara sama tidak berulang," ujar Hannah.

Iklan

Beliau menjelaskan, berkongsi bukan sahaja untuk bola sepak kerana konsert turut memberikan hasil dan mempunyai peminat tersendiri.

"Jadi kita kena pastikan SOP itu diketatkan, selain tak ada gangguan dalam jadual. Jadi konsert pun boleh, bola sepak pun boleh.

"Kita sedang berusaha secara bersama dan ada banyak pakar yang mahu memberikan cadangan kepada PSM," katanya.

SNBJ bakal menjadi venue untuk konsert penyanyi terkemuka dari United Kingdom, Ed Sheeran pada 24 Februari ini.