Petugas terawal Bernama meninggal dunia

Iklan
K Selvaraj

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), K Selvaraj, yang merupakan antara individu terawal berkhidmat di agensi itu meninggal dunia hari ini pada usia 75 tahun akibat tekanan darah tinggi.

Menantunya, T Ganesan berkata, mendiang sebelum itu pengsan di rumahnya di Taman Subang Baru PKNS di Shah Alam, Selangor pagi tadi sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.15 pagi.

Iklan
Iklan

"Upacara pengebumian mendiang akan diadakan esok di Simpang Lima, Klang,” katanya ketika di hubungi Bernama.

Selvaraj mula bertugas sebagai pembantu pejabat dan berkhidmat selama 27 tahun (1 Dis 1967 hingga 15 Oktober 1994) dengan jawatan terakhirnya di agensi berita itu ialah sebagai pustakawan.

Iklan
Sementara itu, bekas Editor Bernama, Abd Karim Shukor, 85, berkata, mendiang yang sangat dikenalinya itu merupakan seorang yang pendiam namun ringan tulang jika rakan-rakan memerlukan pertolongan.

Sedih dengan perkhabaran kematian Selvaraj, Abd Karim berkata, mendiang juga tidak pernah menimbulkan masalah kepada Bernama sepanjang perkhidmatannya.

"Kenal sangat, dia kumpulan yang pertama ketika pejabat Bernama pada masa itu di sebuah banglo di Jalan Pekeliling (kini Jalan Tun Razak), Kuala Lumpur.

Iklan

"Walaupun dia office boy, kita tak anggap dia itu sebagai tak boleh berkawan, we are friendly people. Senior reporter makan nasi bungkus dengan office boy okay sahaja kerana itulah budaya di Bernama,” katanya ketika dihubungi. - Bernama