Tentera Laut India bantu kapal terbakar terkena peluru berpandu Yemen

Iklan
Kapal tangki produk petroleum Marlin Luanda terbakar selepas serangan peluru berpandu oleh angkatan bersenjata Houthi Yemen. Foto AFP

NEW DELHI - Tentera Laut India pada Sabtu berkata pasukannya membantu kapal dagang terbakar selepas serangan peluru berpandu oleh angkatan bersenjata Houthi Yemen.

Peluru berpandu balistik anti-kapal itu mengenai kapal tangki produk petroleum Marlin Luanda di Teluk Aden pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Usaha memadam kebakaran di atas kapal itu"dibantu oleh pasukan pertahanan NBCD (nuklear, biologi dan kimia)" bersama-sama peralatan memadam kebakaran milik kapal pemusnah peluru berpandu INS Visakhapatnam bagi membantu anak kapal malang itu, menurut Tentera Laut India.

Menurutnya kapal itu membawa 22 anak kapal warga India dan seorang warga Bangladesh

Iklan

Kapal itu dikendalikan oleh Oceonix Services Ltd, sebuah syarikat berdaftar di UK, bagi pihak syarikat perdagangan komoditi Trafigura dan berlayar dengan bendera Kepulauan Marshall.

Angkatan bersenjata Yaman yang disokong Iran pada Jumaat berkata ia melakukan serangan ke atas kapal tangki itu sebagai sebahagian daripada sekatan laut terhadap Israel.

Iklan

Pasukan itu mahu meluaskan operasi ketenteraannya sebagai tindak balas terhadap serangan AS-British di Yemen. - Bernama