Amerika Syarikat negara pertama hukum mati banduan guna gas nitrogen

Iklan
Gambar hiasan

SEMALAM Amerika Syarikat (AS) menjadi negara pertama menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang banduan menggunakan gas nitrogen.

Kenneth Eugene Smith, 58, dijatuhkan hukuman mati di Alabama kerana kesalahan membunuh pada tahun 1988, menurut Reuters.

Iklan
Iklan

Gas nitrogen digunakan untuk mengakibatkan kekurangan oksigen dalam badan (hipoksia) yang menyebabkan Smith meninggal dunia secara perlahan-lahan.

Pada tahun 2022 dia sepatutnya menjalani hukuman mati menggunakan suntikan beracun tetapi kesukaran mencari saluran darah menyebabkan ia dihentikan.

Smith dijatuhkan hukuman mati di Alabama kerana kesalahan membunuh pada tahun 1988. - Gambar/ Reuters

Iklan

Smith menentang hukuman mati menggunakan nitrogen digunakan ke atasnya kerana mendakwa ia belum dibuktikan boleh membunuh secara berperikemanusiaan. Rayuannya ditolak oleh mahkamah dan hukuman dijatuhkan semalam.

Menurut saksi, Smith meronta-ronta selama beberapa minit sejurus selepas gas nitrogen disalurkan ke topeng yang dipasang pada kepalanya. Selepas beberapa minit, pernafasannya menjadi semakin perlahan dan akhirnya dia disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Iklan

Alabama adalah salah satu daripada 27 negeri di AS yang masih membenarkan hukuman mati dijatuhkan ke atas pesalah jenayah tertentu.

Selain menggunakan nitrogen, hukuman gantung, tembak, kebuk gas beracun, renjatan elektrik dan suntikan beracun turut digunakan untuk membunuh banduan di AS. - Amanz/ Awani