Bekalan makanan habis, penduduk Gaza terpaksa makan dedak ayam
Iklan
SHAH ALAM - Keadaan di Khan Yunis, Gaza semakin parah sehingga penduduk tempatan terpaksa makan makanan haiwan seperti dedak ayam dan jagung kering bagi meneruskan kehidupan.
Rakyat Malaysia yang pernah terkandas di daerah tersebut, Nurul Ain Haron, 38, berkata, penduduk hampir kehabisan stok makanan, ubat-ubatan dan kelengkapan untuk berteduh disebabkan bantuan disekat di sempadan Mesir.
Nurul Ain yang dibawa keluar dari Gaza, melalui sempadan Rafah di Mesir selamat tiba di tanah air pada malam Selasa bersama suaminya warga Palestin, Mohamed A M Shaat. - Foto Bernama