KUALA NERUS - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, Cuepacs berpendirian sistem persaraan yang ada pada ketika ini merupakan yang terbaik serta bersesuaian dengan kedudukan gaji penjawat awam bagi mereka meneruskan kehidupan di hari tua nanti.