Samun kedai runcit guna pemadam api, dua lelaki diburu

Iklan
Tangkap layar rakaman CCTV kejadian samun menggunakan alat pemadam api di Taman Desa Aman, Guar Chempedak pada Khamis lepas.

YAN - Polis giat memburu dua suspek dipercayai melakukan samun menggunakan pemadam api di sebuah kedai runcit di Taman Desa Aman, Guar Chempedak di sini pada Khamis lepas.

Perbuatan dua suspek yang memakai 'hoodie' berwarna hitam itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis sebelum ia tular sejak Sabtu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, kejadian samun itu berlaku pada jam 7.25 malam.

"Dua lelaki telah masuk ke dalam kedai dan bertindak menyembur alat pemadam api sebelum salah seorang suspek bertindak melarikan mesin tunai.

Iklan

"Selepas itu, kedua-dua suspek melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Shahnaz berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek masih dijalankan.

Iklan

Sementara itu, berdasarkan klip berdurasi 30 saat yang tular dalam laman sosial Facebook, penjaga kaunter di kedai terbabit dilihat terduduk bagi mengelak terkena semburan alat pemadam api.

Pekerja terbabit juga cuba menghalang suspek daripada merampas mesin tunai di atas kaunter namun gagal.