PSM kenal pasti pelapis baharu skuad B negara

Iklan
Sumali (kanan) dan Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Kedah, Muhammad Radhi Mat Din (tengah) bergambar bersama pemain terbaik Kejohanan Piala Emas Khir Johari pada Sabtu.

Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) berjaya mengenal pasti 24 pemain bakat baharu berusia bawah 21 tahun pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari edisi ke-57 untuk diserap masuk ke dalam skuad Malaysia B.

Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, kejohanan yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar yang berakhir pada Sabtu mencapai sasaran dalam mengetengahkan ramai pemain baharu yang memberikan saingan sengit kepada pemain berpengalaman

Iklan
Iklan

Menurutnya, 24 pemain tersebut akan disenarai pendek oleh pengurusan dan jurulatih sebelum memuktamadkan 15 pemain terakhir yang akan membarisi skuad negara B.

"Walaupun sebelum ini ada nama-nama pelapis, tapi kita nak lihat (senarai) yang terakhir sebelum kita putuskan dan kita umumkan. Alhamdulillah, tengah hari tadi (Sabtu) saya dapat berbincang dengan beberapa jurulatih,” katanya pada sidang akhbar pada malam Sabtu.

Iklan
Sumali (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Kedah, Muhammad Radhi Mat Din pada final Kejohanan Piala Emas Khir Johari pada Sabtu.

Sumali berkata, senarai 15 pemain akhir yang dimuktamadkan terdiri daripada mereka yang mampu memberikan komitmen penuh kepada latihan dan kejohanan yang akan disusun oleh PSM di dalam negara mahupun di Thailand.

Beliau berkata, semua faktor perlu dinilai oleh persatuan kerana rata-rata pemain mempunyai komitmen seperti sedang melanjutkan pelajaran ataupun bekerja dan mereka perlu mendapatkan pelepasan bagi mengikuti latihan PSM.

Iklan

"Mereka bukannya sepenuh masa dan perlukan latihan berkala dan berfasa. Mungkin bulan Februari kita panggil dua minggu untuk berlatih. Mungkin bulan Mac dan April juga berlatih dalam tempoh sama.

"Kita adakan latihan ataupun perlawanan persahabatan, mungkin di sini ataupun di Thailand. Kita akan buat selama setahun untuk kita asah bakat-bakat pemain muda ini,” ujarnya.

Tambahnya, usaha ini akan diteruskan sebagai projek jangka masa panjang dalam mencungkil bakat-bakat baharu bagi mengembalikan semula kegemilangan sepak takraw tanah air.

"Kita boleh sahaja cari pemain berusia 23 tahun, 24 tahun tapi kita berbincang dengan jurulatih untuk cari pemain bawah 21 tahun.

"Pemain ini akan dilatih selama beberapa tahun dan dengan harapan pada masa hadapan mampu mewakili pasukan utama kebangsaan," katanya.